|

PERSATUAN
WARTAWAN WANITA MALAYSIA
(WOMEN JOURNALISTS ASSOCIATION OF MALAYSIA)
Persatuan Wartawan Wanita Malaysia atau ringkasnya Pertama
ditubuhkan pada 12 Januari 1971 di bawah Akta Pertubuhan atas
rasa
kesedaran kepada wartawan wanita yang perlu bersatu dalam satu
pertubuhan bagi bagi memudahkan mereka menyelesaikan segala masalah
yang dihadapi.
Puan Azah Aziz yang ketika itu bertugas dengan Berita Harian telah
mengambil inisiatif menyatukan padukan wartawan-wartawan wanita
di
Kuala Lumpur. Akhirnya lahirlah Pertama dengan keahlian seramai
70
orang dan Puan Azah dipilih sebagai Ketua Satu Persatuan Wartawan
Wanita Malaysia yang pertama dengan sebulat suara.
Sejak ditubuhkan lima orang pemimpin telah menerajui Pertama:
1.
Puan Azah Aziz (1971 - 1978)
2. Datin Paduka Rahmah Osman (1978 - 1983)
3. Puan Siti Bidayah Ahmad (1983 - 1987)
4. Puan Ummu Hani Adnan Layali (1987 - 1993)
5. Cik Rohani Pa' Wan Chik (1993 - )
TUJUAN PERTAMA DITUBUHKAN ANTARA LAIN
1. Menyatukan semua wartawan wanita yang bekerja di samping
memajukan kepentingan-kepentingan profesional, intelek dan sosial
ahli-ahlinya.
2. Berusaha memperbaiki taraf wanita terutamanya ahli-ahli sendiri.
3. Bekerjasama atau bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan
profesional dalam bidang media massa dan lain-lain pertubuhan
sukarela yang diakuioleh undang-undang di Malaysia untuk mencapai
tujuan Pertama.
KEAHLIAN
Keahlian Pertama terdiri daripada tiga katogeri, Ahli Biasa iaitu
mereka yang masih lagi berkhidmat dalam bidang kewartawanan dan
perhubungan awam, Ahli Bersekutu iaitu mereka yang bekerja sebagai
wartawan sambilan atau ahli yang sudah bersara atau meninggalkan
perkhidmatan dalam bidang kewartawanan atau perhubungan awam.
Ahli
bersekutu tidak boleh memegang jawatan dalam AJK dan mengundi.
Ahli
Seumur Hidup terbuka kepada ahli yang pernah menjadi ahli biasa.
Ahli ini boleh mengundi dan menjadi AJK biasa.
Keahlian Pertama terbuka kepada semua wartawan dan pegawai
perhubungan yang berumur 18 tahun ke atas dalam sektor awam dan
swasta.
Antara bekas ahli Pertama yang telah menempah nama dalam bidang
masing-masing termasuklah bekas Menteri Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail dan EXCO Kerajaan
Negeri Kedah, Puan Rosnah Majid.
KEGIATAN
Di samping mengembeling tenaga dan buah fikiran bagi
mempertingkatkan lagi profesionalisma kewartawanan, Pertama turut
sama melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya bagi
meningkatkan lagi taraf hidup kaum wanita.
Sebagai persatuan yang prihatin terhadap kesengsaraan dan
penderitaan masyarakat tempatan dan antarabangsa, Pertama sentiasa
menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka antara
lain ialah derma kepada mangsa perang di Bosnia Herzegovina dan
pelarian Afghanistan.
Pertama telah menganjurkan Majlis Minum Petang untuk memungut
derma
bagi seorang ahlinya, Zaiton Ahmad dari Kumpulan Karangkraf yang
mengidap penyakit buah pinggang.
Persatuan ini juga menganjurkan lawatan dalam dan luar negara
bagi
menambah dan meningkatkan lagi pengetahuan para ahli. Antara negara
yang dilawati yang baru mula dibuka kepada pelancong asing ketika
itu ialah Uzbekistan, negara bekas sebahagian daripada Soviet
Union
dan Iran, setelah tumbangnya pemerintahan Shah Iran.
PEJABAT
Setelah berusia 31 tahun, Pertama kini telah mempunyai pejabat
sendiri yang merupakan sebuah apartmen "Mahsuri Apartment"
di
samping satu lagi apartmen "Intan Apartment" untuk disewakan
bagi
mendapatkan pendapatan bulanan. Kedua-dua apartmen ini terletak
di
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Kedua-dua apartmen ini dibeli hasil daripada dua majlis makan
malam
untuk mengisi Tabung Pertama bagi tujuan ini yang dianjurkan di
bawah naungan Menteri Perdagangan Antarabangasa dan Industri,
Dato'
Seri Rafidah Aziz.
ALAMAT PEJABAT:
PERSATUAN WARTAWAN WANITA MALAYSIA
36E, TINGKAT 5, BLOK 36, MAHSURI APARTMENT
JALAN SETIAWANGSA 13
TAMAN SETIAWANGSA
54200 KUALA LUMPUR
|