|ABOUT NCWO|NCWO CHART|OFFICE BEARERS 2003 - 2004|CHAIRPERSON OF BUREAU|
|AFFILIATES|CONSTITUTION|STRATEGIC PLAN|

 
  
 

MAJLIS KEBANGSAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN WANITA, MALAYSIA
(NATIONAL COUNCIL OF WOMEN’S ORGANISATIONS, MALAYSIA)

Peraturan 1. NAMA

Nama pertubuhan ini adalah “Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita, Malaysia”, dengan ringkasnya akan disebut Majlis (NCWO).

Alamat:
No 46, Jalan 14/29,
46100 Petaling Jaya,
Selangor.

Peraturan 2. MAKSUD

Ada pun maksud Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita ini ialah: -

(a) untuk mengumpulkan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita untuk bekerja bersama-sama.

(b) untuk mempertinggikan taraf Kaum Wanita, dan bekerja untuk kebajikan dan kemajuan Kaum Wanita dan Kanak-Kanak.

(c) Manjadi badan penasihat dan perunding. Majlis ini tidak mempunyai kuasa mengenai hal-hal dalam, atau dasar-dasar am pertubuhan-pertubuhan yang bersetuju bergabung dengannya. Ia tidak sekali-kali akan mencampurtangan mengenai kebebasan pertubuhan-pertubuhan yang bergabung.

(d) Majlis ini tidak bercorak politik, atau keagamaan atau perkaumaan.

Peraturan 3. TUJUAN-TUJUAN

1. Mengadakan Perhimpunan Hari Wanita pada tiap-tiap tahun pada 25 Ogos.2. Mengkaji Undang-Undang yang bersangkutan dengan Wanita dan Kanak-Kanak.

3. Mengemukakan pendapat-pendapat dan hasil penyiasatan Persidangan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita kepada pihak yang berkuasa yang tertentu.

4. Berusaha bagi memperbaiki kedudukan Wanita dengan jalan membaiki taraf mereka dalam lapangan undang-undang, politik, masyarakat, ekonomi, akhlak dan pendidikan.

5. Menggalakkan Kaun Wanita mengambil bahagian yang giat dalam pembangunan dan pembinaan Negara.

6. Menggalakkan kegiatan dalam lapangan kebudayaan.

7. Bergabung dan berkerjasama dengan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Antarabangsa yang mempunyai tujuan-tujuan yang sama.

8. Mengadakan rancangan-rancangan yang lain berdasarkan tujuan-tujuan dan cita-cita Majlis Kebangsaan Paertubuhan-Pertuybuhan Wanita.

9. Mencetak, menerbit dan menyebarkan butir-butir penerangan yang berharga kepada Pertubuhan-Pertubuhan yang bergabung.

10. Mengikhtiarkan pengutipan dan pentadbiran wang bagi menjalankan tujuan-tujuan dan maksud Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia.

11. Menubuhkan tabung Kebajikan dan Pelajaran.

Peraturan 4. ANGGOTA-ANGGOTA

1. Majlis ini terbuka kepada semua Pertubuhan Wanita dan bahagian-bahagian wanita dalam pertubuhan-pertubuhan lain.

2. Gabunagan dengan Majils tidak akan menghilangkan taraf persendirian Pertubuhan-Pertubuhan yang bergabung itu.

3. Ahil Kehormat Individu:

Setiap orang boleh dijemput oleh Jawatankuasa Tertinggi NCWO untuk menjadi Ahli Kehormat Individu dalam NCWO. Ahil ini tidak dibenarkan mengundi tetapi boleh menghadiri Persidangan Perwakilan Dua Tahun dan boleh dijemput ke aktiviti-aktiviti NCWO.

Peraturan 5. SYARAT-STARAT BERGABUNG

1. Pertubuhan-pertubuhan boleh bergabung dengan Majils Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita jika mereka memenuhi syarat-syarat yang berikut: -

(a) Pertubuhan-Pertubuhan itu menyokong tujuan-tujuan dan hasrat Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia.

2. Permohonan untuk bergabunag hendaklah dibuat dalam borang yang boleh didapati daripada Setiausaha dan hendaklah dikemukakan kepada setiausaha Agung Kehormat bersama-sama dengan 3 salinan Perlembagaan Pertubuhan yang hendak bergabung.

3. (i) Yuran gabungan bagi setahun ialah sekurang-kurangnya sebanyak RM 100/- bagi tiap-tiap Pertubuhan Kebangsaan yang mempunyai lebih daripada 3 cawangan dan RM 50/- bagi Pertubuhan-Pertubuhan yang mempunyai 3 cawangan atau kurang daripadanya.

(ii) Semua yuran tahunan hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 31 Julai, pada tiap-tiap tahun.

(iii) Pertubuhan-Pertubuhan yang yurannya masih terhutang tidak berhak mengundi dalam Perhimpunan Majlis dan wakilnya tidak boleh memegang jawatan dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia.

(iv) Keluar dari Gabungan

(a) Sekiranya satu Pertubuhan yang bergabung tidak menghormati Perlembagaan Majlis, Persidangan Agung Majlis mempunyai kuasa meminta Pertubuhan itu berhenti menjadi anggota Majlis.

(b) Sekiranya sesuatu Pertubuhan itu dengan sendirinya menarik diri dari Majlis, kenyataan bertulis hendaklah diberi sebelum 15 Julai.

Peraturan 6. PENTADBIRAN

Pentadbiran Majlis akan diuruskan oleh Jawatankuasa Tertinggi yang dilantik dua tahun sekali di Persidangan Agung dalam bulan Ogos.

Pegawai-Pegawai Jawatankuasa Tertinggi terdiri daripada: -

(a) (i) Yang Dipertua

(ii) Naib Yang Dipertua (1)
Naib Yang Dipertua (2)
Naib Yang Dipertua (3)

(iii) Setiausaha Agung Kehormat

(iv) 2 orang Penolong Setiausaha Kehormat

(v) Bendahari Kehormat

(vi) Penolong Bendahari Kehormat

(b) Dua orang wakil dari tiap-tiap Pertubuhan yang bergabung dilantik oleh Pertubuhan masing-masing dengan hak-hak mengundi penuh.

Pegawai-Pegawai ini dilantik 2 tahun sekali dan akan bertugas dalam masa di antara satu Persidangan Perwakilan Agung Dua Tahun dengan persidangan agung yang berikut.

Tugas-tugas Jawatankuasa Tertinggi

Jawatankuasa Tertinggi bersidang sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

Tugas-Tugas Pegawai-Pegawai

(i) Yang Dipertua

Yang Dipertua Majlis akan mempengerusikan semua sidang Jawatankuasa Tertinggi dan Persidangan Agung Majlis tiap-tiap 2 tahun itu, dan akan menyempurnakan tugas-tugasnya sebagai Yang Dipertua Majlis. Beliau adalah ahli ‘ex-Officio’ bagi semua Jawatankauasa. Beliau tidak mempunyai undi yang muktamad. Beliau tidak harus masuk campur dalam bahasan-bahasan Jawatankuasa.

Beliau tidak harus masuk campur dalam bahasan-bahasan peserta-peserta.

Beliau hendaklah tiba beberapa minit terlebih dahulu sebelum mesyuarat dimulakan. Dan sebelum memulakan mesyuarat hendaklah dia mengambil tahu sama ada “koram” cukup dan mengisytiharkan bahawa koram ada.

(ii) Naib Yang Dipertua

Naib-Naib Yang Dipertua boleh menggantikan Yang Dipertua bila-bila timbul keperluan. Dalam sidang-sidang rasmi jika Yang Dipertua tidak hadir atau mengosongkan kerusinya, Naib Yang Dipertua Pertama akan menjadi Pengerusi, Naid Yang Dipertua Kedua seterusnya akan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertama, dan mengososngkan jawatanya yang lama. Tugas-tugas ‘ex-officio’ Yang Dipertua hanya dapat dipangku oleh Naib Dipertua dengan permintaan Jawatankuasa Tertinggi.

(iii) Setiausaha Agung Kehormat

Setiausaha Agung Kehormat akan menyimpan minit-minit mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi dan persidangan Agung Majlis. Beliau akan menguruskan segala tugas yang diarahkan oleh Jawatankuasa Tertinggi. Beliau akan menghadiri segala mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi, dan menjadi ahli ex-officio di dalam semua jawatankuasa tetap dan sementara.

(iv) Penolong Setiausaha

Dua orang penolong Setiausaha akan menolongnya di dalam tugas-tugasnya.

(v) Bendahari Kehormat

Bendahari Kehormat akan menjaga kewangan Majils. Beliau akan menyediakan penyata kira-kira 3 bulan sekali dan mengemukakannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi. Dan penyata kira-kira tahunan yang telah diodit dalam Persidangan Agung Majils. Beliau menduduki Jawatankuasa Kewangan dan menolong menyediakan Anggaran Belanja.

(vi) Penolong Bendahari

Penolong Bendahari akan membantu Bendahari di dalam tugas-tugasnya dan memangkunya tatkala ia tidak hadir.

Peraturan 7. SIDANG-SIDANG MAJLIS

(i) (a) Hari Wanita akan dirayakan tiap-tiap tahun pada 25 Ogos.

(b) Persidangan Perwakilan akan diadakan 2 tahun sekali selepas Perayaan Hari Wanita.

Wakil-Wakil

(a) Pertubuhan-Pertubuhan Kebangsaan yang mempunyai cawangan sekurang-kurangnya dalam 3 buah negeri akan mempunyai 15 orang wakil dengan hak-hak mengundi.

(b) Pertubuhan-Pertubuhan Kebangsaan yang mempunyai cawangan dalam kurang daripada 3 buah negeri akan mempunyai 7 orang wakil dengan hak-hak mengundi.

(c) Pertubuhan-Pertubuhan tempatan mempunyai 4 orang wakil dengan hak-ak mengundi.

(ii) Sidang-Sidang Luarbiasa

Yang Dipertua Majlis dari masa ke masa boleh memanggil mesyuarat luarbiasa untuk melaksanakan kerja-kerja Majlis yang tersebut, dengan memberi kenyataan mengenainya sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu.

Yang Dipertua Majlis atas permintaan bertulis dari 2/3 bilangan ahli-ahli Majlis boleh mengadakan mesyuarat luarbiasa selepas memberi kenyataan sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu berkenaannya.

(iii) Koram (Quorum)

2/3 bilangan wakil-wakil pertubuhan akan memenuhi Koram mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi dan Persidangan-Persidangan Dua-Tahun sekali.

(iv) Pemilihan Pegawai-Pegawai Majlis

Setiausaha Agung Kehormat akan menghantar kepada semua Pertubuhan yang bergabung boran menamakan calon sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum Persidangan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita. Semua nama calon hendaklah sampai ke tangan Setiausaha Kehormat sekurang-kurang 6 minggu sebelum Persidangan tersebut.

(v) Cara Mengundi

Semua persidangan akan dijalankan dengan cara rahsia. Hanya wakil-wakil sahaja berhak mengundi. Sesuatu keputausan yang diambil yang tidak dipersetujui dengan sebulat suara tidak mengikat Pertubuhan yang tidak mengundi, atau yang membangkang usul itu. Yang Dipertua Majlis mempunyai undi muktamad dalam tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi, dan Persidangan-Persidangan Majlis.

Peraturan 8. PINDAAN PADA PERLEMBAGAAN

Undang-undang Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita ini boleh dari satu masa ke satu masa dipinda. Segala syor pemindahaan hendaklah dikemukakan di dalam Perhimpunan Agung Majlis dan diluluskan apabila tidak kurang daripada 2/3 yang mengundi menyetujui pindaan itu.

Kenyataan mengenai pindaan yang dicadangkan hendaklah diberi kepada semua ahli sekurang-kerangnya 4 bulan sebelum Perhimpunan di mana pindaan itu akan dikemukakan diadakan.

Peraturan 9. KEWANGAN

(i) Kewangan Majlis diperolehi daripada yuran-yuran gabungan dan hasil daripada kutipan-kutipan derma dan sebagainya.

(ii) Tahun Kewangan Majlis adalah daripada 1 April hingga 31 Mac bagi tiap-tiap tahun.

(iii) Yuran-yuran yang terhutang akan dijelaskan seperti berikut: -

(a) Sepucuk surat dihantar oleh Bendahari kehormat selepas 3 bulan.

(b) Ini hendaklah diikuti dengan surst berdaftar selang pemeriksa kira-kira kehormat yang bukan anggota Jawatankuasa Tertinggi akan dilantik dari juru kira-juru kira berdaftar oleh wakil-wakil dalam Persidangan Agung.

Peraturan 11. TANDATANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG

Tandatangan yang sah bagi Majlis ialah tandatangan-tandatangan Yang Dipertua, Setiausaha Agung Kehormat, dan Bendahari Kehormat. Dua di antara ini adalah sah untuk menanda-tangani cek-cek, tetapi tiga adalah dikehendaki untuk memindah harta, atau membubar sesuatu. Jika dua di antara pegawai-pegawai ini tidak hadir, Jawatankuasa Tertinggi akan melantik seorang pegawai Jawatankuasa Tertinggi untuk menanadatangani surat-surat itu.

Peraturan 12. PEMBUBARAN

Jika Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita, Malaysia dibubarkan, Pegawai pegawai majlis, selepas berunding dengan wakil-wakil dalam Persidangan Perwakilan Dua Tahun dan Pertubuhan yang bergabung, boleh membahagi sama rata baki kepunyaan Majlis selepas membayar hutang-hutangnya.

MAJLIS KEBANGSAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN WANITA, MALAYSIA (NCWO)

Undang-Undang Kecil “Tabung Kebajikan dan Pelajaran”

NCWO ingin memulakan sebuah Tabung Kebajikan dan Pelajaran dengan tujuan utama seperti berikut: -

(a) Membantu dalam usaha pemulihan bagi gadis-gadis salah asuhan.
(b) Memberi perkhidmatan bimbingan kepada pekerja wanita muda yang berhijrah dari desa ke bandar-bandar dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan dan cabaran di bandar.
(c) Memberi pertolongan dan jagaan kepada golongan orang tua.
(d) Memberi derma kepada persatuan dan institusi kebajikan seperti yang diiktirafkan oleh Pengarah Besar Hasil Dalam Negeri, Malaysia.
(e) Menolong gadis-gadus dari keluarga miskin, dengan tidak mengira bangsa atau kaum, bagi melanjutkan pelajaran melalui:
(i) biasiswa untuk pelajar sekolah menengah.

DAN SEDANGKAN NCWO ingin mewujudkan satu Tabung dari semua wang dan harta yang telah dimiliki dan yang akan diperolehi, didapati, diterima atau dikutip dari masa ke semasa selepas ini oleh Lembaga bagi tujuan yang dinyatakan iaitu dikenali sebagai Tabung Kebajikan dan Pelajaran NCWO (selepas ini disebut sebagai “Tabung”),

DAN SEDANGKAN Tabung itu akan dikawal dan diuruskan mengikut keperluan syarat-syarat Undang-undang Kecil ini,

1. DAN SEDANGKAN NCWO ingin Undang-Undang Kecil itu disatukan ke dalam Perlembagaan NCWO dan kemudiannya menjadi badan pentadbiran Tabung Kebajikan di dalam semua perkara yang bermanfaat dab berkaitan pada objektif-objektif yang diistiharkan di dalamnya.

Pentakrifan
1. Di Dalam pengtakrifan Undang-undang Kecil ini perkataan-perkataan dan sebutan yang berikutan akan memberikan erti yang berikut :-
“Lembaga” bererti, Pegawai-pegawai NCWO yang dilantik di Persidangan Perwakilan Dua Tahunan dan selepas ini disebut sebagai Lembaga.
“Tabung” bererti,Tabung Kebajikan dan Pelajaran NCWO dan terrmasuk perkara yang berikut:-
(a) Semua wang dan harta yang diserahkan oleh NCWO kepada Lembaga.
(b) Semua wang dan harta yang diterima dan diperolehi oleh Lembaga selepas penubuhan Tabung itu.
(c) Semua derma, hadiah dan peruntukan yang diterima oleh Lembaga.

Pejabat
2. Pejabat bagi Tabung ini terletak di Bangunan NCWO, No 46, Jalan 14/29, 46100 Petaling Jaya, Selangor dan di lain tempat atau tempat-tempat seperti yang diputuskan oleh Majlis Ex-Co NCWO dari masa ke masa.

Kewangan
3. Selepas wujudnya Tabung ini Lembaga akan giat berusaha untuk mendapatkan modal:-
(d) Meminta dan/atau berusaha bagi mendapatkan berma-derma dari sumber-sumber yang difikirkan oleh Lembaga tidak akan merosakkan reputasi dan nama baik NCWO. Derma-derma yang sedemikian yang diterima dari mana-mana sumber akan hanya diterima kiranya mereka berpuashati bahawa penderma tidak akan campur tangan secara langsung dengan otonomi dan aktiviti-aktiviti Tabung itu.
(e) Semua jumlah yang diperolehi bagi tujuan tertentu ini melalui projek-projek untuk mengatasi tabung dijalankan oleh NCWO dan gabungan-gabungannya.
(f) Semua wang yang diterima dan cukai khas (levy) yang akan dikenakan oleh NCWO ke atas pertubuhan-pertubuhan yang menyertai dan mendapat faedah dari kursus-kursus, seminar-seminar dan lain-lain program pelajaran.

4. Dari kalangan Lembaga, Bendahari Kehormat akan dilantik sebagai Setiausaha Kewangan yang bertugas untuk.

(a) Membuka dan menyimpan semua wang Tabung itu di dalam sebuah Bank yang diluluskan oleh NCWO dan menyelenggarakan satu akaun yang berasingan yang dinamakan “Tabung Kebajikan dan Pelajaran” NCWO bersama dengan Lembaga.
(b) Semua cek Tabung akan ditandatangan oleh Setiausaha Kewangan bersama dengan mana-mana ahli yang lain dilantik oleh NCWO.
(c) Setiausaha Kewangan akan menyimpan satu Penyata Akaun yang betul dan akan menyimpan dan menjaga akaun-akaun yang sedemikian, buku-buku, ledger dan lain-lain rekod yang diperlukan oleh NCWO dari semasa ke semasa.
(d) Tahun kewangan bagi Tabung itu akan bermual dari 1 April dan berakhir pada 31 Mei tahu yang berikutnya selari dengan tahun kewangan NCWO.
(e) Setiausaha Kewangan akan memberi dan menyimpaikan, apabila dan bila diminta, satu penyata Akaun yang sebenar, dan pada akhir tahun kewangan menyedia, mengeluar dan menyampaikan Penyata Akaun yang sebenar untuk pertimbangan di Persidangan Perwakilan Dua Tahunan NCWO.

5. NCWO akan menentukan:
(a) Jumlah tajunan yang akan digunakan untuk memenuhkan keperluan tujuan-tujuan Lembaga.
(b) Akaun-akaun Tabunga akan diodit dengan cara yang sama seperti yang diperlukan di bawah prbekalan-perbekalan Perlembagaan NCWO.

6. Perkara-perkara yang tidak diperuntukkan:
Majlis Ex-Co NCWO akan menentukan mana-mana perkara di mana tidak dijelaskan oleh peraturan-peraturan dan keputusannya adalah muktamad kecuali diputuskan sebaliknya oleh sebuah Persidangan Perwakilan.

7. Perbelanjaan Pertadbiran
Semua perbelanjaan pentadbiran yang terlibat dalam menjalankan Tabung akan ditampung oleh Tabung itu.

8. Pembubaran Tabung
Tabung itu tidak akan dibubarkan kecuali melalui satu resolusi Persidangan Perwakilan. Sekiranya berlaku penutupan atau pembubaran NCWO, semua hutang biutang yang terlibat secara sahih bagi pihaknya akan dibayar sepenuhnya dan baki wang tabung akan dipindahkan kepada mana-mana pertubuhan yang telah tertubuh yang bentuk dan matlamat-matlamatnya sama seperti NCWO, yang telahpun diluluskan oleh Ketua pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia. Notis pembubaran akan diberi kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh pembubaran.

9. Pindaan
Undang-Undang Kecil ini atau mana-mana bahagian darinya tidak akan dipinda atau digugurkan kecuali melalui satu resolusi yang diluluskan di Persidangan Perwakilan Dua Tahunan atau Persidangan Luar Biasa dengan dua pertiga majority dari ahli-ahlinya yang hadir dan pengguguran akan terlebih dahulu mendapat persetujuan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia. Notis niat untuk mencadangkan resolusi-resolusi yang sedemikian akan diberikan secara bertulis kepada Setiausaha.

Warta Kerajaan berkembar Bil.663 bertarikh 17hb. Feb. 1983. Mula daripada 8hb. April 1980.

© Copyright 2001 NCWO